Hai and Assalamualaikum blogger blogger sekalian. It's been many years since i didnt post any post right? So today i'm gonna share with you guys about my MDS week. MDS is a shortform for Minggu Destini Siswa. Okay dahlah malas nak cakap banyak, so i'll proceed to #MyStoryOnMDSWeek
Ni la KTG(Kolej Tok Gajah)
Isnin 22/5/17
Kami satu family bertolak dari Kuantan ke Jengka and sampai Jengka around pukul 10 pagi kot. Lupa dah. Pastu masa dekat tasik tu allahu jalan jem gila before naik bukit nak masuk kolej tok gajah. Pastu kena tunggu dua ketul lagi sebab acah nak jadi roomates la kunun en. Tunggu punya tunggu dpt la masuk ktg. Then berhenti jap pergi la tanya poban(polis bantuan). Dari jauh lagi terus tanya "tumpang tanya..." Poban: "Assalamualaikum" allah sentap jap hahahhahahahah mesti poban ni cakap aku ni dahlah pakai tudung labuh pastu datang datang tak bagi salam terus terjah. "Oh islam rupenya" *ni sumpah deep gila time tu. So aku terus tanya dia "Encik saya nak tanya,tempat pendaftaran siswi kat mana?" "Oh ok adik pergi strek belok kanan lepastu tempat pendfataran dekat dewan makan belah kanan" "ohh jauh tak dari sini? Kat sana ada tempat parking tak?" "Jauh kalau jalan kaki kalau naik kete dekat je tapi tulah jalan jammed" "ohh ye ke. Ok terima kasih encik" *cepat cepat blah sebab malu. Then pergi la kat dewan makan. Sambil tu kol si W ni tanye ade katne. Jalan sensorang kot pergi dewan makan tu then sampai kat sana baru jumpa si W. Then jenuh nak tunggu si D pulak. Then bila daftar tu trylah tanya akak kat situ boleh dapat serumah ke if daftar sekali? Akak tu cakap takleh sebab dia dah daftar ikut sistem. Then takpalah redho walaupun rase geram sebab jenuh kot tunggu semata mata nak daftar sekali 3 orang at last tak dapat. If tahu awal awal dah lama p daftar. Then ambik kunci pergi rumah. Dapat tingkat 7. Nasib baik la ktg ada lift. Takdelah letih sangat en. So bermulalah sesi perkenalan..KTG ni dia rumah tau. dalam rumah tu ada 4 bilik and sebilik 2 orang. Semua housemates aku dapat roomate cuma aku je belum ada sampai sekarang. Sedih en tido sensorang :') Masa kemas kemas baju masuk almari semua tuh, ada la housemates tegur tanya asal mana nama apa and etc centu. Then lepas siap kemas tu p turun dekat dewan makan and makan tengahari kat situ. Memang murah and sedap. RM25.++ je untuk 5 orang makan. Memang puas hati la. Then lepas siap makan tu pergi dekat Bandar Jengka sebab nak beli tikar and barang lain sikit so alang alang boleh la kenal bandar Jengka cane. So dalam pukul 3 tu siap salam dengan semua orang pastu tangkap gambar and semua family gerak balik Ganu(tak nangis pun K even first time berjauhan) ok pastu naik atas solat zuhur sebab pukul 4.45 dah kena turun berkumpul kat bawah. Then rehat rehat jap pastu siap siap. Idk why but first time la kena pakai kasut sukan dengan baju kurung and tudung bawal kena gaya roket sahaja. I dont really know why but aku ikut je la en dah arahan lagu tu. Pastu baru faham nape kena pakai kasut sukan. Rupanya dari KTG nak g Dewan Indera Segara tu punyalah jauh. So if ada gap masa dalam barisan tu, akak akak OC(Orientation Community) bahagian disiplin mesti jerit "siswi pantas siswi!!" "siswi saya taknak ada gap siswi!!" and aku dah start tak suka dengan dieorang *mata ke atas tangan ke bahu* pastu bila dah selesai aktiviti petang tu, kiteorang gerak pergi dewan makan sebab time mds memang makanan disediakan dah. So beratur la time nak ambik makanan tu ala ala kat asrama ._. then siap makan mandi2 solat semua kiteorang boleh rehat sebab malam memang kiteorang takda aktiviti. So time Isyak tu kiteorang satu rumah solat berjemaah then buat bacaan Yaasin. Selesai tu kiteorang buat mesyuarat and sesi suai kenal. Time mesyuarat tu kiteorang bincang pasal benda dalam rumah la macam barang apa yang kena beli pastu siapa nak kena jadi imamah hari ni, hari ni sape nak lead mengaji and etc. Then selesai tu masing masing masuk bilik masing masing. Then around pukul 10+ centu actually masing masing dah masuk bilik, pastu aku pergi la ambik mug air aku yang aku beli dekat kedai rm2 tu tunjuk dekat Su. Pastu share2 cerita then gelak gelak. Eh eh tetibe je housemates yang lain datang join hahahahaah sakan weh kiteorang gelak and bahan membahan. Memang best. ACtually pukul 11 tu dah kna light off tapi kiteorang still tak tidur duk share cerita. Benda yang paling kelakar bila team kepok(KPOP) bertemu geng dia dah. Bising satu rumah hahahahaha. Pastu kemain sorang ni cakap ok ok pukul 11.30 nak tidolah apalah ceytt pukul 12 gak habis lepak. Pastu tidolah. Mesti korang tertanya tanya aku ni tak takut ke tido sensorang? Actually takut gak tapi aku macam tak fikir sangat so Alhamdulillah i'm okay :)
Day 2 #MdsJengka2k17
Selasa 23/5/17
Pukul 4 bangun then tido balik. Pastu pukul 4.30+ bangun and gerak housemate(ceytt mentang mentang la bangun paling awal) pastu mandi solat and siap siap. Then kena turun bawah. Makan pagi then kiteorang ada sesi pendaftaran(kena serahkan fail pelajar and etc) so dapatlah kad matriks sementara. Pastu lepas selesai tu kiteorang AS120(Diploma Sains) kena gerak pergi Surau Mat Kilau. Kat situ kiteorang macam buat akitviti suka suka macam buat tagline la main game la belajar nyanyi lagu Wawasan UiTM & UiTM di hatiku. Kira time tu kiteorang buat akviti bebas. Pastu dalam pukul 12+ tengahari kiteorang gerak pergi dewan makan balik. Gila ah OC biro disipiplin bagi masa 1 minit je untuk pakai kasut. Nasib baik la aku punya kasut cepat masuk kalau tak tah cane dah. Then aku taknak cite panjang panjang sebab akitviti dia sama je. Lepas makan tengahari naik rumah solat then turun balik. Pastu pergi DIS. Time tu OC mintak sesape yang offer nak jadi MC, and etc untuk majlis penutup MDS pada hari khamis tu. So aku offer la diri en pergi uji bakat sebab dah biasa jadi mc kat skolah. Then dapat la belajar sikit sikit en daripada Oc Yana Menteri. But takde rezeki so tak terpilih untuk jadi Mc. Sokaylah sebab aku ni kenkadang cuak gak bile berdepan dengan orang ramai. Then balik solat Asar, makan malam, balik rumah balik solat Maghrib & Isyak. Pastu tido. Malam tu tido awal pasal dah demam hahaha then mintak panadol dari housemte(Nisya) then telanlah ni even kalau demam memang tak amal makan panadol. So telan telan dekat separuh botol dah air habis pastu tersekat jap kat tekak terus teguk air sampai habis. Then tidur.
Day 3 #MdsJengka2k17
Rabu 24/5/17
Pagi tu aku paling lewat bangun. Around pukul 5.30 baru bangun then tengok orang lain dah siap siap and ada yang tengah mandi lagi. Maybe penangan makan panadol kot tu yang tidur lena sangat tu. Then siap siap solat and pukul 6.13 dah kena turun. Gila weh hahahaaha rupenya ada pengisian rohani. Then makan pagi pastu gerak pergi DIS. Makan tengahari then solat pastu turun balik pergi DIS. Then balik solat Asar pastu turun makan malam. Siap2 solat Maghrib then kena turun balik pergi DIS sebab ada raptai untuk Majlis Penutup MDS. Masa berlatih nyanyi lagu Uitm Di Hatiku tu Oc Nazri(paling garang) dia mencelah sat. Dia cakap la "Kalau siswa perasan time nyanyi lagu Uitm Di Hatiku, aku nangis. Aku takleh dengar. Sebak. Banyak kenangan dekat Uitm. Uitm banyak ajar aku. Masa part 1(sem 1) aku tak dapat bagi dekan dekat arwah mak aku. Tapi time part 2 sampai habis aku dapat dekan tapi semuanya takde benda weh mak aku tak sempat tengok :')" and aku dah takleh kawal dah time tu memang menangis habis. Si Aisyah ni dah usap2 aku pujuk2 taknak bagi nangis but still takleh tahan time tu. Pastu dia tutup lampu and tinggal lampu kuning je so gelap ah sikit dalam dewan tu. Then dia suruh tunduk and bayangkan kita ada kat rumah pastu kita nak cakap apa kat mak ayah kita. And ada la lagi yang aku tak ingat pastu dia bagi masa untuk kol mak ayah. Fuh nangis teruk wey :') memang nangis teruk gila ah malam tu...
Day 4 #MdsJengka2k17
Khamis 25/5/17
Bangun, mandi and siap siap pakai kain hitam, baju putih sekolah and tudung hitam. Pastu turun bawah untuk pengisian pagi. Makan pagi then gerak p DIS. Selesai Majlis Penutup MDS, oc pujilah cakap kiteorang buat memang baik gile ah. Then tetibe je OC Nazri tanye sape yang dia tegur pakai earphone. Tapi takde yang ngaku. Then dia panggil dak dak pra diploma. Bila yang bangun tu tak cukup, dia cakap la ok takpa siap korang. Then dia panggil dak dak pra dip tu g depan. Then yang lain pun gerak g dewan makan and siap2 solat zuhur pastu balik dewan balik sebab ada taklimat pasal sukan dengan apa tah. Then masa petang tu lepas selesai semua taklimat tu, oc Nazri tanya la siswa, sape yang belum serahkan rokok dekat Oc Nazri. Then semua cakap dah. Pastu Oc Nazri panggil semua ketua blok plus Dandan our penghulu. Dieorang kena buat push up....Then semua siswa kena buat. Pastu dia ada panggil satu bilik siswa ni and guess what? Tak cukup sorang. Yang sorang tu dah detect dah tak pergi time pagi. Pastu siswa tu kena la p kat depan. Then Oc Ijat tanyelah dia. Before tanya tu dia ada cakap ceni " Aku rasa ni la MDS paling baik aku jadi. Dulu aku time part 1 lagi teruk kena dari korang. Bangun pukul 4 tidur pukul 2. Ni korang malam takde aktiviti pastu oc pun tak garang macam dulu. Aku buat baik ngan korang, korang bagi taik kat aku eh?!!!!" pastu Oc Ijat macam tolak tolak ah siswa yang kena panggil tadi tu then dia tanya la kenapa slot pagi tadi dia takde. Siswa tu cakaplah dia pening. Then Oc Ijat cakap la yang kalau ye pun pening bagitahu la dekat penghulu. Apa guna ada penghulu? Kawan kawan ko yang lain semua kena datang sini ko kat bilik sesedap je tidur. Ko ingat ko anak raja?!!" then semua macam terkejut la sebab Oc Ijat ni antara Oc yang baik and tak garang. Pastu dia suruh siswa tu naik dekat atas pentas dalam masa 5 saat then dia kira. Sampai nak terjatuh budak laki tu. Pastu Oc Ijat still tolak tolak dia. Then dia tarik siswa tu p belakang tirai kat atas pentas. Then masa ni semua orang dah cuak and takut bile tengok Oc Ijat mengamuk. Oc Nazri yang paling garang tu diam je. Pastu lama lepas tu masa Oc Ijat bawak p belakang tirai tu, tiba tiba budak laki tu jatuh. OC lain suruh siswi tunduk. Dia tak kasi tengok. Then oc Ijat bawak p kat pentas still tolak tolak sampai budak laki tu jatuh dari pentas. Can you imagine that? Pastu Oc Yana cakap "Takyah ah tolak tolak. Cakap elok elok boleh kan?!" time tu mata aku ni dah berayaq. Sumpah sedih weh. Kesian kat siswa. Rasa macam dekat kem askar lak. Pastu oc Ijat bengang dia p belakang tirai balik. Then guess what...? Tirai dibuka and Oc ijat and Oc lain nyanyi lagu Segalanya-Haqiem Rusli. Apa lagi memang menangis semahu mahunya la aku. Haha sumpah cuak time Oc Ijat marah marah tu sampai genggam dua dua tangan dah! Pastu dieorang nyanyi lagu Sabar- Ismail Izzani then semua oc oc nyanyi sekali duk kat atas pentas. Pastu nyanyi lagu Sahabat Sejati-Brothers. Huaaaaaa still takleh move on. Memang sedih terharu and macam macam rasa dah time tu :') then Pastu dieorang ade tunjuk Montaj sepanjang MDS. Weh serious masa mula mula tu rasa la macam nak cepat habis mds but bila last day ni rasa macam taknak habis. Pastu main pickup line la. Joget la apelah. Actually dari day 1 mds sampai hari last semuanya adalah lakonan semata mata macam oc yang jenis garang garang susah nak senyum la kerek la apa la. Then oc oc yang tak senyum tu semua dah start senyum. Then selesai petang tu, time balik nak g solat Asar tu dah takde dah kena clear dari dewan dalam kiraan 10. Takde dah beratur dalam barisan. Takde dah OC OC nak kena jerit "siswi pantas siswi!!" "siswi saya taknak ada gap siswi!!" "siswi ke kanan siswi!!" allahu bebetul rindu weh. memang takleh move on :')
Day 5 #MdsJengka2k17
Jumaat 26/5/17
Pagi tu bangun macam biasa la then turun bawah makan. Pastu kiteorang gerak pergi dekat bangunan ape tah tapi rasenya kat situlah kelas kiteorang nanti. Pagi tu ade test agama. So gigih la sensorang hafal ape yang tak ingat en. So here ade la nak share sikit cerita kelakar. Actually aku ni ingat je tapi bile dah berdepan dengan OC tu aku jadi blank. Ok aku takde kelakar, tp kawan aku dua ni lagi kelakar. Yang si D ni time OC suruh mengucap 2 kalimah syahadah dia pergi baca ceni "ashhaduanlaillahaillaallah wa ashhaduanna muhammad rasulullah. allahumma solli ala saidina muhammad wa ala saidina muhammad" hahahahaha ade ke patut dia pergi baca part dalam tahiyat xD ok yang lagi satu lawak aku lupa but serious bila kita berdepan dengan orang automatik kita jadik blank. So selesai test tu terus balik rumah and makan. Before ambik makanan tu aku dengan housemate Aisyah ni pergi beli kek dekat dewan makan tu sebab kek tu menggoda gilaaa allahu memang sengaja goda duit kiteorang eh. So aku decide nak beli kek perisa ni satu then Aisyah beli kek perisa lain satu lagi so kiteorang boleh kongsi dengan housemates lain. Then time semua dah ada (except Jannah ngn Su) so kiteorang pun makan la sekali for the last time beofre masing masing balik ke rumah masing masing. Time makan pun masih nak membahan member. Memang best. Even kiteorang baru je kenal tapi aku dapat rasakan macam ukhwah kiteorang tu macam dah lama gila. Harap sangat dapat kekalkan housemates ni sampai bebila *hugs* maka 26/5 kiteorang dah boleh balik then 5/6 dah start interim... may Allah ease everything.
Untuk OC-OC semua, saya nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab terbenci OC-OC kerek, tak suka senyum, OC biro disiplin dan OC-OC yang tak suka senyum & marah la dan semua OC lah senang kira if saya ada terngumpat dan sebagainya. Tbh you're the best OC(s) ever! Thank you sebab sanggup pendekkan masa cuti korang semata mata untuk jadi PMDS. Thank you sebab jaga kiteorang. Thank you for everything. #JengkaliforniaInMYHeart #UiTMDiHatiku #SalamKhazanahAlam
So setakat tu je post saya kali ni setelah sekian lama tidak berblogging. Semoga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Till we meet again blogger(s)! Doakan saya dan sahabat seperjuangan dekan dalam tangan selama 5 sem ni. Allahumma aamiin :) oh ya, i'm more active on twitter and ig. So any question(s) you can directly pm me on twitter and ig. See yaaa