Bercinta Sampai Syurga - Sinopsis

Syed Adam Mukhris Bin Syed Hussein merupakan seorang lelaki yang menjadi kegilaan ramai di sebuah universiti . Dia belajar kerana dipaksa oleh ayahnya . Dia juga pernah berkali-kali dibuang dari kolejnya kerana selalu ponteng kelas . Akan tetapi , ayahnya yang terlalu menyayanginya melakukan apa saja untuknya . Dia seorang yang alim tetapi dia terlalu sosial kerana pengaruh daripada rakan-rakannya . Perasaan ingin belajar mula wujud dalam dirinya apabila jatuh cinta dengan seorang gadis kampung . Si gadis kampung ini bernama Siti Hawa Binti Azman . Seorang gadis yang terlalu sosial dan pemakaiannya terlalu menjolok mata . Pertemuannya bermula apabila Adam terburu-buru untuk ke kelas dan terlanggar  bahu Hawa menyebabkan  buku-buku Hawa bertaburan di atas lantai . Adam menolong Hawa mengangkat buku-buku itu lalu dari sudut hatinya Adam yakin yang dia boleh pimpin Hawa ke jalan Allah . Kemudian , dia cuba untuk rapat dengan kawan Hawa untuk mengetahui tentang Hawa . Dia mula rapat dengan Hawa kerana selalu ber-SMS . Dia selalu menasihati Hawa supaya menjaga solatnya , tingkah laku dan pemakaiannya sehinggakan Hawa terasa dia dikongkong menyebabkan perasaan benci terhadap Adam semakin membuak-buak . Adam tetap sabar dengan perangai Hawa , akan tetapi mereka berpisah jua . Walaupun mereka sudah bergraduasi mereka lansung tidak bertegur antara satu sama lain . Adam akan dijodohkan dengan anak kepada kawan karib ayahnya .  Tapi , Adam hanya mampu solat Istikharah memohon kepada-Nya . Dia yakin yang dia akan bahagia jika perempuan itu yang terbaik baginya . Anak kepada kawan karib ayahnya ialah Hawa . Ayah Adam dan Hawa merupakan kawan karib sejak sekolah rendah lagi . Mereka berpisah setelah Ayah Adam terpaksa bekerja di Kuala Lumpur . Adam terlalu gembira kerana dijodohkan dengan Hawa . Selepas berkahwin , barulah Hawa dapat menerima Adam sebagai suaminya . Adam membimbing Hawa ke jalan yang diredhoi Allah . Hawa berniqab . Adam sangat suka akan perubahan Hawa . Akan tetapi , cinta mereka terpisah apabila Hawa telah dirompak dan dibunuh di dalam rumah mereka . Adam yang balik dari pejabatnya terus meluru ke dapur lalu melihat perompak itu membunuh Hawa . Perompak itu berpaling ke arah Adam lalu memukul Adam menyebabkan Adam pengsan . Sedar daripada pengsan Adam memegang pisau yang digunakan perompak itu . Apabila dia ingin meletakkan pisau tersebut , polis pun sampai lalu menuduh Adam yang membunuhnya . Adam mengaku tidak bersalah tetapi dia tetap diheret ke penjara . Dia dipenjarakan selama 2 minggu sampailah polis menemui bukti yang Adam tidak bersalah . Dia terlalu rindukan Hawa sehinggalah dia tidak ingin pulang ke rumah . Dia tidur di masjid berdekatan rumahnya lalu membuat solat Tahajud . Dia redho kalau ini adalah ujian Allah . Selesai solat , dia tertidur lalu bermimpi Hawa . Hawa berkata kepada Adam "Kita bercinta sampai Syurga ye abang ? :')" Lalu dia pun menghembus nafas terakhir . Dia dikebumikan bersebelahan dengan kubur Hawa kerana dia pernah memberitahu kepada ayahnya yang dia ingin sedemikian .