✏ Layakkah Aku diberikan gelaran seorang anak ❓Tepuk dada jangan tanya selera tapi tanya iman.
📖 Surat cinta Allah Surah Al-Hashr: Ayat 24
" DIA lah Allah yang menciptakan sekalian makhluk. Yang mengadakan (daripada tiada kepada ada). Yang membentuk rupa (makhluk-Nya menurut yang dikehendaki). Bagi-Nya nama sebaik-baik dan semulia-mulia. Bertasbih kepada-Nya segala yang ada di langit dan di bumi. DIA lah yang tiada bandingannya lagi Maha Bijaksana. "
Ayah,
Bonda,
Tidak akan ada diri ini di muka bumi tanpa adanya dirimu. Tidak akan terasa pahit dan manis kehidupan tanpa kewujudanmu.
Bakal penghuni syurga sekalian, Kita semua diberi peluang utk melihat dunia kerana tunas kasih sayang ayah dan bonda. Bermula dgn benih-benih cinta lalu terciptalah cinta & wujud nyawa di dalam rahim bonda. Alhamdulillah Maha suci Allah yang masih meminjamkan kita 'saki baki' nafas perjuangan yang belum lagi selesai, malah mungkin belum lagi bermula. Allahu.
👉 Kasihnya Ayah 👪
Tidak ada seorang ayah di dunia ini yg sanggup membiarkan zuriatya berada dlm ketandusan kelaparan. Tidur mlm bertempiaskan ribut taufan atau bertilamkan tanah mentah. Selagi terdaya, selagi termampu dgn kudratnya, ayah akan memikul tanggungjawab itu sehingga ke hujung nyawa. Allahu 😢
✏ Ayah terpaksa menahan lapar kerana mahu melihat anak2 mendapat sesuap nasi untuk diisi perut yang kosong. Disebabkan mahu meletakkan atap rumah utk dijadikan pelindung daripada panas & hujan ayah sanggup meminta malah merayu utk dapatkan sebuah pondok buruk. Biarpun buruk, asalkan ada utk bermalam. Kering sudah air liurnya, kehabisan sudah air matanya, namun kesetiaan serta doanya tdk pernah putus pd Yang Esa.
✏ Andai kita masih ingat mungkin satu masa dulu ketika sedang menikmati juadah bersama adik2. Nasi yang tinggal dlm periuk hanyalah yang berkerak, ikan goreng sudah habis dikongsi namun bagi ayah itulah nasi yang paling lazat. Allahu 😢
👉 Kasihnya Bonda 👪
Sejak minggu pertama bonda disahkan hamil. Bonda lah insan yang bahagia di dunia. Ketabahan & keikhlasannya tidak pernah melemahkan sedikit pun perjuangan hidupnya dlm menjaga kita selama 9 bulan. Bagi bonda zuriatnya adalah cintanya. Zuriatnya adalah segala-galanya. Allahu 😢
✏ Andai kita tidak menghormati bonda mana mungkin kita mencium haruman aroma syurga. Bonda lebih makan garam daripada kita. Bonda tahu selok belok serta liku perjalanan hidup ini. Tetapi mengapa setiap yang diperintahkan, dinasihatkan kita membantah dan hanya mengikuti 'tanduk kepala' sendiri apabila kian dewasa ?
✏ Mungkin pada waktu remaja, secara tidak sengaja kita meninggikan suara. Kita mungkin bukan mahu menjadi anak derhaka tetapi hanya menyuarakan tentang kebenaran. Akan tetapi sedarkah kalian di depan kita bonda hanya bersabar walhal di malam hari sebelum melelapkan mata, imbasan mula bermain di benak fikirannya. Bonda menitiskan air mata di hujung bantal. Tidak percaya bahawa anak yang dikandungnya selama 9 bulan membuatnya seperti 'boneka' yang tidak punya perasaan. Allahu 😢
✏ Berbuih mulut bonda tanpa jemu memberikan nasihat demi nasihat. Semuanya demi mahu melihat anaknya menikmati kebahagiaan di dunia & akhirat kerana memiliki kejayaan tdk semudah duduk goyang kaki. Tiada rezeki dtg bergolek. Tiada bulan biru bakal jatuh ke pangkuan dlm penantian. Tidak semudah itu dlm melayari kehidupan.
📒 Nota kecil 📒
Ayah,
Bonda,
Anakmu ini terlalu merinduimu, bahkan air mata yang menitis tiap kali mendoakan kesejahteraanmu seakan-akan tidak mahu dihentikan.
Ayah, Bonda,
Terpisah kita dari 7 lautan, 7 gunung, 7 lapisan muka bumi, 7 tingkat langit biru. Takkan pernah menghalang diriku utk mencintai, merindui dan menyayangimu.
Ayah, Bonda
Tidak kira kalian berada di mana, doa-doaku tidak akan terkulai mati.
Ya Allah Ya Al-Khabir lindungilah ayah & bonda sepertimana KAU melindungi para hamba-Mu yang beriman kepada-Mu. Allahumma Amin 😢
👉 Apa peranan kita sebagai seorang Anak. ❓
👪 Peranan Anak terhadap Ibu Bapa Yang Masih hidup
1. Menghormati mereka kerana kedudukan, martabat & kemuliaan.
2. Menjaga hati & perasaan mereka dgn sebaik mungkin.
3. Menghargai segala pengorbanan mereka.
4. Menjaga & menyediakan keperluan asas.
5. Menjenguk & bertanya khabar sekerap mungkin.
6. Meringankan beban mereka di dalam semua aspek berdasarkan kemampuan diri.
7. Mendoakan kebahagiaan mereka.
8. Memaafkan mereka bukan ketika sambutan Aidilfitri sahaja tetapi bila2 masa.
9. Bersembang & Membuat mereka tersenyum dlm cara apa sekalipun.
10. Mencium, memeluk & berterima kasih setiap masa.
👪 Peranan anak terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia
1. Mendoakan kesejahteraan mereka.
2. Membayar hutang dunia bagi pihak mereka.
3. Mengqadakan zakat & puasa bagi pihak mereka.
4. Menunaikan haji bagi pihak mereka.
5. Menziarahi & membersihkan pusara mereka.
📒 Nota Kecil 📒
Sejauh mana dunia bawa kedua orang tua kita, dia tetap ayah. Dia tetap ibu. Segala kesilapan mereka adalah kekurangan mereka. Maafkan mereka sebagaimana kita memohon kemaafan daripada yang Maha Esa.
Kita juga mempunyai kesilapan dan kekurangan. Mohonlah kpd Allah. Kerana doa anak yang soleh & solehah merupakan satu rahmat bagi mereka. Doa anak soleh adalah 'hadiah' yang berharga buat selama-lamanya.
Mereka dulu terkial-kial mencari nama yang sesuai untuk diberikan kpd kita. Berbekalkan 'harapan' agar nama tersebut sedap didengar, nyaman dipanggil dan bakal 'memberi erti' kebaikan buat mereka.
Alhamdulillah kerana kalian memilih utk terus menemani saya yang hina ini. Senyuman di wajahmu kini kian terserlah, melirik & bersimpul indah di hujung bibir. Saya mungkin tidak bisa melihatnya melalui mata tetapi insya Allah dpt melihat melalui naluri yang paling dalam.
Maka sekali lagi tepuk dada jangan tanya selera tapi tanya iman.
Lafaz dengan penuh keikhlasan
Layakkah aku diberi gelaran seorang anak ❓
Credit to: Kak Hassanah