Assalamualaikum stalker , pembaca setia dan seangkatan dengannya . Kali ini , tajuk entry saya sangat menusuk kalbu saya . Acewahhhhhhhh :p Agak agak mati tu macam mana eh ? Macam hidup gak ke ? Boleh seronok macam dekat dunia tak ? Okay mati ni perpisahan kita dengan dunia dan kita akan ke dunia yang lain dan kita akan kekal selamanya . Kita hidup dekat dunia ni sekejap je , lepas tu Allah tarik nyawa kita , jasad kita mati sebab ditanam di bawah tanah tapi roh kita hidup di alam lain . Alam apa ? ALAM BARZAKH *bunyi guruh* Di alam barzakh tu , malaikat akan tanya soalan dekat kita . Soalan apa ? Soalan tentang apa yang kita lakukan di dunia . Kalau banyak amalan , kuranglah hisab kita tapi kalau amalan kurang , setiap masa dihisab . Nauzubillahiminzalik T^T Takut tak ? Kalau rasa nak kurangkan hisab , banyakkan membaca surah Al Mulk sebelum tidur sebab surah Al Mulk antara surah yang diamalkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW sebelum tidur . Tujuan baca surah Al Mulk ni untuk kurangkan hisab kita di alam barzakh kelak la . Balik pada topik , aiwah{{ya}} kematian itu suatu kepastian . Kita akan mati sebab cuba kita tengok firman Allah dalam surah Al Ankabut ayat 57
Siapa pun awak , apa pangkat awak di dunia , keturunan apa pun awak , awak akan MATI . Mati ni tak kira umur . Ada je baru lahir , dah meninggal dunia . Ada juga tua tua baru meninggal . Tapi , jangan awak fikir awak akan mati bila tua , awak boleh enjoy dengan dunia . Bila dah tua baru taubat . NONONO! *nyanyi lagu Apink* Hidup di dunia ni , tolong la buat amal banyak banyak untuk bekalan kita di akhirat . Nak Syurga kan ? Biarlah berpenat , di dalam Syurga nanti , boleh berehat . Tak nak ke ? Rugi rugi rugi . Cuba bayangkan Allah tanya kita "Apa sumbangan kita untuk Islam?" Allah ... Allah ... Allah . Apa hujah kita kelak ? Tanya diri kita , apa hujah kita . Tak terbayang ya Allah .
Sesungguhnya kubur itu satu taman taman Syurga atau satu lubang daripada lubang lubang api Neraka (Riwayat al-Tarmidzi)
Kemudian apabila sangkakala ditiup untuk kali ke-2 , semua manusia dibangkitkan semula di padang Masyar . Bayangkan semua dibangkitkan dalam keadaan bertelanjang dan dibangkitkan dalam bermacam macam rupa .
2. Ada yang berupa khinzir karena suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.
3. Ada yang buta mata karena keterlaluan pada menghukum manusia.
4. Ada yang pekak dan bisu karena mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.
5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri.Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.
6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan karena suka menjadi saksi bohong.
7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama).
8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.
9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk,orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.
10. Ada yang berupa khinzir karena suka makan harta riba.
11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.
12. Ada yang berupa khinzir karena mereka mempermudah-mudahkan sembahyang lalai dalam sembahyang)
13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.
14. Ada yang berkeadaan dimana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka.Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.
15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat karena takutkan manusia,tidak takut pada Allah.
16. Ada yang terpotong halkum,keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.
17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengali darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.
18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit.Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka.Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.
19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka.Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.
20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.
21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu, lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.
semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama manusia
Masyallah T^T Agak agak kita dibangkitkan dengan rupa yang macam mana ? Nauzubillahiminzalik . Semoga dibangkitkan dalam keadaan yang baik baik sahaja . Setakat ini dahulu entry aku kali ni , moga bermanfaat . Moga entry ini boleh dijadikan hujah ku kelak bila bertemu dengan Tuhan . Nantikan entry sambungan pada masa yang akan datang . Moga kamu dalam jagaan Allah sentiasa . Fi amanillah