Hijrahku Lillah



Bismillahirahmanirahim (Dengan nama Allah Yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang)
Setelah sekian lama tak hapdateblog , akhirnya datang mood nak berblog . Aku bukannya nak buka aib aku , bukan juga nak tunjuk aku ni SOLEHAH tapi aku cuma nak kongsi cerita aku . Mungkin ada yang baca kisah aku , Allah mampu tembak cahaya hidayahNya kepada orang yang dikehendaki . Takdir Allah , tiada siapa yang tahu . Hebat mana perancangan kita , tak serupa dengan yang Allah punya .


Aku tak ingat mana bulan berapa yang pasti pertengahan bulan tahun 2012(Form 1) tak silap aku , time tu gila syok main fb . Scroll scroll dan scroll ada Senior aku share video nasyid . Tahu nasyid apa ? Nasyid Taubat Seorang Hamba by Irsyadee . Masa darjah 6 dah dengar time Majlis Khatam Quran tapi time tu hati mati . Ye lah kan . Namanya masa tu aku jahil memang tak kenal Tuhan . Aku dengar lagu tu , aku tak sedar pipi aku dah basah . Eh aku nangis ke ? ya Allah dah kenapa tetiba nangis ni ? Islamik gila kau wehh . Pastu terasa seolah olah nak berubah sebab ye la kan masuk ke sekolah menengah dah ramai senior benci . Aku ni jenis suka cari pasal dengan orang , memang la orang benci .


Dalam bulan 10 , malam tu aku pergi keluar dengan family dekat Mydin Mall . Time masuk Kedai Kasut Bata , angah aku bersuara . "Ni aku beli sarung kaki mintak tolong pakai . Tahu dok kaki tu aurat jugok?" Aku pun "Ahahaha ok ok" Pakai punya pakai tapi solat tak jaga . Punyalah jahil time tu ya Allah T^T Status fb aku takdalah lagha time tu . Semua post islamik tapi niat lain . Sampailah kawan aku tegur aku "Ustazah tudung pendek. AHAHAHAHAHA" Sentap tahap pe tah time tu . Aku NEKAD , AKU NAK BERUBAH !


Well aku ni jenis sosial sikit . Masa cuti akhir tahun tu aku always baca tweet dakwah kat Twitter . Maybe Allah hadirkan hamba hambaNya untuk tolong aku berubah menjadi yang jauh lebih baik . Start time tu , aku cuba untuk solat cukup 5 waktu . Start tu jugak aku cuba untuk tutup aurat dengan sempurna . Time form 2 , my bff , Atirah suruh buka Tv Al Hijrah malam tu . Buka punya buka , eh Dikir Zikir . Wehhhhh sedap gila suara budak ni lahai melting doh . Pastu tak sedar aku nangis time dengar Zaid Najmudin selawat . Sayuuu je malam tu :') ya Allah , tika hidayahMu  mengetuk pintu hati aku . Tak tergambar betapa indahnya saat itu . Aku rindu hidayahMu ya Allah . Masa tu rasa tenang sangat . Tiba tiba terasa rindu akan Baginda Nabi Muhammad SAW:'))

  Haaaa video ni la . Jujur aku kata , aku always ulang sampai ingat lirik dia xD







Start pada aku tengok video tu , aku nekad . Aku betul betul nak berubah . Dalam bulan 10 , aku berjaya jaga solat 5 waktu & aku berjaya tutup aurat dengan sempurna . hari demi hari , aku dapat kekuatan untuk terus berubah . Aku rasa hidup lepas hijrah memang lebih baik berbanding sebelum hijrah . Sentiasa muhasabah diri agar aku tak terpesong dari ajaran agama Allah . Ayat ni selalu bermain dalam hati aku "Duduk bumi Allah tapi apa yang Allah larang , kita buat . Allah suruh , kita tak buat . Tak malu ke dengan Allah ? Sudahlah menumpang , tidak reti menghargai pula . Allahurabbi" Ada juga terfikir sebelum hijrah "Nanti mesti ada yang panggil aku ustazah" "Eh , kawan aku nak kawan lagi ke kalau aku dah berubah ni ? Mesti dia cakap aku bajet alim . Dah la dulu aku ni jahil" Tapi aku cuba pujuk hati aku dengan kata kata semangat . Bila hati sedih , pujuk hatimu dengan kalam Tuhan .





Alhamdulillah . 2014 , aku mula bertudung labuh . Jujur aku kata , aku dapat rasa ketenangan jiwa bila berhijrah . Aku dapat rasa perlindungan bila pakai tudung labuh . Aku tak tahu nak cerita macam mana yang pasti aku rasa lain bila pakai tudung singkat . Setiap orang yang aku sayang berubah , aku sebak , terasa nak nangis . Aku ambil semangat mereka untuk jadi hamba yang jauh lebih baik . Cuba kau fikir , sepanjang hidup kau , kau sembunyikan segala dosa daripada manusia lalu kau jumpa Tuhan dengan penuh dosa . Kau tidak malu ? berubahlah sayang . Belum terlambat lagi untuk kau berubah . Sekali Allah mengetuk pintu hatimu dengan hidayahNya , berubahlah . Bukan senang orang yang dapat hidayah ni . Orang yang terpilih je dapat . Hidayah tu kena cari sendiri bukan tunggu hidayah datang bergolek . Sebelum kiamat , taubat puas puas . Biarlah kita penat dunia , nanti kita boleh rehat dekat Syurga . Syurga untuk orang yang berusaha . Nak Syurga kan? USAHA! Iman kena sado tak leh lembik lembik . Biar apa orang nak kata janji Allah tak murka . Buat mereka yang sudah berhijrah , Alhamdulillah moga istiqomah . Buat yang belum hijrah , hijrahlah . Andai kematian menjemputmu sebentar lagi , masih adakah peluang untukmu mengemis kasih Tuhan ? 

Mungkin setakat ni hujah aku untuk bertemu Tuhan esok esok . Moga mendapat syafaat . In shaa Allah . Allahumma Aamiin . Andai aku harus pergi menemui Ilahi , mohon doakan kita berjiran di Syurgawi . Aku sayang korang LILLAH . Izinkan aku mengundur diri . Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh .